22.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

[VIDEO] Gelagat Afwa Duet Bernyanyi Bersama Siti Nurhaliza Raih Perhatian Ramai!-“Wow, Dia Pun Suka Karok”

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Masa Mengandungkan Afwa Tokti Rakam Satu Album, Dia Dah Belajar Nyanyi Dari Dalam Perut”-Kata Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tya Arifin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 35 ribu, tanda suka sebanyak 1,225 dan sebanyak 26 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang menyanyi lalu memberi mikrofon kepada Afwa, asyraf dan juga Tya untuk bernyanyi bersama-sama.

@tyaarifinofficial

Alamak adik bongsu ku ni suka mic & suka menyanyi ikut @Siti Nurhaliza ke @Tun Asyraf Khalid ™ huhu🙊 #fyp #sitinurhaliza #tyaarifin #asyrafkhalid #afwa

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa sememangnya mempunyai darah seni, jadi tidak hairanlah mengapa dia juga suka bernyanyi.

Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.