29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

[VIDEO] Gelagat Syatilla Melvin Guna ‘Acne Patch’ Raih Perhatian-“Aku Rela Pakai Ni Dari Orang Tegur Jerawat”

Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.

Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.

“Letak Bintang Kat Muka, Meluat Duk Tengok Jerawat Ni”-Syatilla Melvin

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @fatinhananie yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 179 ribu, tanda suka sebanyak 3,430 dan sebanyak 29 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Syatilla Melvin menggunakan pelekat jerawat yang disyorkan oleh peminatnya itu.

“Aku rela orang nampak bintang dari orang nampak jerawat kat atas muka”-Syatilla Melvin

@fatinhananie

Rela orang nampak bintang daripada nampak jerawat dekat muka😂😂 #fyp #tiktokviral #racuntiktok #adikberadikthemelvin #syatillamelvin

♬ original sound – Kekasih fatin hananie – Kekasih fatin hananie

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga menggunakan produk yang sama untuk menutup jerawat sementara untuk menunggu ianya mengecut.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.