22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

[VIDEO] Jenazah Rohana Jalil Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Rohana Jalil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11:45 pagi.

Selamat dikebumi

Sebelum itu, jenazah telah selamat disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9.

Lebih kurang 300 ahli keluarga, saudara mara, rakan selebriti dan kenalan yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Antara yang hadir ialah Azizul Khamis, Tya Ariffin, Izara Aishah, Azian Mazwan Sapuan, Ramlah Ram dan ramai lagi.

Terdahulu, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira jam 11:33, malam Selasa.

Rohana Jalil, 68, telah dirawat di hospital sejak April lalu disebabkan kebocoran usus dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.

Media juga melaporkan bahawa jantung Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil bila-bila masa sahaja boleh terhenti kerana jangkitan kuman telah merebak ke beberapa organ dalaman.

Untuk info, arwah mendirikan rumah tangga dengan Jahangir Khan pada 1984 dan dikuniakan tiga orang cahaya mata termasuk pelakon, Kilafairy.

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.