23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Wan Maimunah Menitis Air Mata Selamat Tiba Di Malaysia Selepas Tunai Haji

Pelakon vetaran, Wan Maimunah telah pun selamat tiba di Malaysia selepas selesai mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci baru-baru ini.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, Wan Maimunah dilihat berada di perkarangan lapangan terbang serta meluahkan rasa syukur selamat tiba di tanah air dalam nada penuh sebak.

“Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, ibu dah selamat sampai,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Maimunah turut memanjatkan doa buat semua yang menonton video tersebut agar turut diberikan kesempatan untuk ke Mekah.

“Mudah-mudahan awak semua akan menyusul ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, insya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Wan Maimunah berangkat ke Mekah pada 10 Mei lalu selepas mendapat berita gembira tersebut daripada pihak Lembaga Tabung Haji sebelum bulan Ramadan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.