29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Watie Percaya Shuib Boleh Menjadi Suami Terbaik

Tunang kepada Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima lamaran pelawak itu. Memetik Xtra, Watie berkata dia tidak kisah dengan status duda anak empat dipegang oleh Shuib serta yakin pelawak itu mampu menjadi suami yang baik.

“Shuib ada rekod yang bagus. Ini dapat dilihat ketika dia bersama arwah isterinya, Siti Sarah. Saya beritahu keluarga dan meminta padangan mereka terlebih dahulu. Lagipun, mereka tahu saya sukakan budak-budak.

“Dalam masa sama, penerimaan anak dan ibu Shuib yang baik terhadap saya buatkan saya tidak ambil masa untuk terima lamarannya. Saya percaya dia boleh jadi suami dan pemimimpin yang baik buat saya,” katanya.

Sebelum ini Watie berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya. Watie mengakui kerap membaca komen-komen negatif netizen namun tidak mengambil hati.Shuib dan Watie akan diijabkabulkan pada 23 Jun ini di Putra Glass House, Putra Heights. Sebelum ini, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu di kediaman Watie di Shah Alam.

Selamat Datang ke Laman Web Kami!

Kami ingin mengalu-alukan anda untuk melawat laman web kami yang menarik ini. Kami menawarkan pelbagai maklumat menarik dan berguna untuk anda.

Anda juga boleh menonton video menarik kami di bawah:


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.