30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Watie Tak Ambil Peduli Dibandingkan Dengan Arwah Siti Sarah

Usahawan yang juga bakal isteri pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkata dia tidak terkesan dengan kecaman dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Memetik Xtra, Watie berkata dia mengakui kerap membaca komen-komen negatif daripada netizen namun tidak mengambil hati.

“Saya baca juga tapi dia macam angin lalu je. Bila kita tutup fon tu habis dah. Saya tak ambil hati pun,” katanya.

Sering dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie berkata baginya dia hanya perlu mengambil kira pendapat bakal suaminya dan ahli keluarga lain.

“Tak tahulah, sebab kami tak pernah berbincang mengenai perkara ini dan mempersoalkan kenapa orang bandingkan saya dengan arwah, tak ada.”Saya membaca tetapi hanya sampai di situ sahaja. Bagi saya, saya ingin hidup bersama Shuib dan anak-anak. Pandangan yang penting bagi saya adalah dari dia, anak-anak, dan keluarga. Pandangan orang luar tidak penting bagi saya kerana saya tidak pernah memikirkannya. Yang penting bagi saya adalah menjalani kehidupan saya yang akan datang bersama keluarga dia dan saya,” katanya.







rnrn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.