22.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Yana Samsudin Jadi Mangsa ‘Prank’, Aliff Syukri Teruk Dikecam Netizen Setelah Ulas Isu Pasu Pecah

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya tampil memberikan penjelasan berhubung isu pasu hiasan mewah yang pecah di kediamannya, dua minggu yang lalu.

Hanya Jalankan Tugas Sebagai Artis Jemputan

Menurut Aliff menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia hanya menjalankan tugas sebagai artis jemputan sebuah program Astro berjudul ‘Prankap’ yang bakal ditayangkan pada Syawal ini, namun usahawan kosmetik ini mendapat kecaman yang dahsyat oleh netizen di media sosial.

“Ini saya ulas pasal pasu pecah. Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tetapi penghinaan netizen kat saya melampau. Sedih Saya awak….

Ok untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada marketing mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku.

Tapi ini adalah semata-mata perancangan untuk memerangkap Yana Samsudin dalam sebuah Program Prankap yang akan ditayangkan di Astro Warna pada bulan Syawal ini.”-jelas Aliff Syukri di Instagram

Masih Dikecam Netizen Biarpun Telah Beri Penjelasan Sebenar

Biarpun telah memberikan penjelasan terhadap insiden yang berlaku di kediamannya itu, Aliff Syukri tetap mendapat kecaman netizen di ruangan komen, malah ada yang mempersoalkan pihak terlibat yang masih terikut-ikut budaya prank yang sering dilakukan di negara-negara Barat.

“Islam tak suka penipuan. Even buat lawak, apatah prank orang. Cukup-cukuplah Astro buat content cerita prank macam ni.”

“Tak bosan ke guna marketing yang sama tiap-tiap tahun. Dah 2023 orang meluat la datuk.”

“Tak baik awak asyik buat prank dan kontroversi je timbul fitnah.”

“Ikut sangat budaya-budaya prank ni. Kalau banyak fitnah, better elakkanlah. Cegah lebih baik daripada ‘mengubati. Masyarakat kita dah tenat awak.”

Sikit-sikit buat prank, kalau jadi betul-betul di masa akan datang, ada yang nak percaya ke lepas ni? Tanya je…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.