21.5 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

“Yang penting saya tahu anak saya selamat”, – Adam Shahz

Pelakon , Adam Shahz mengakui yang dirinya tidak mempunyai masalah apabila suami kepada bekas isterinya, Aliff Awang sering berkongsi mengenai perkembangan anak perempuannya di media sosial.

Malah dia senang kerana mereka berkongsi segala perkara di media sosial sehinnga dia juga dapat mengetahui tentang perkembangan semasa anaknya itu.

“Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana lumrah apabila seseorang yang sudah berkahwin bersama lelaki atau wanita yang mempunyai anak untuk menerima anak itu.”

“Sekiranya saya juga bertemu dengan orang yang sudah mempunyai anak, maka saya juga perlu melakukan perkara sama. Jadi itu tak jadi isu kepada saya.

Tidak mahu melenting dengan kata – kata daripada netizen , Adam menyatakan rasa lega kerana anak berada dalam keadaan selamat dan bersama dengan orang yang bertanggungjawab.

“Kadang kala ada netizen yang cuba untuk melaga-lagakan. Apa yang penting adalah saya tahu anak saya berada di tangan yang selamat,” kata Adam .

Gembira Betemu Anak

Bercerita tentang perkembangan terbaru bersama anak tunggalnya itu , Adam sempat meluahkan gembira kerana dapat bertemu dengan anaknya , Ivy Herra Sophia selepas enam bulan tidak bertemu.

 

 

“Alhamdulillah… Selepas enam bulan akhirnya saya dapat bertemu anak dan membawanya pulang ke kampung di Melaka. Ini kerana bila saya bertanya kepada Ivy, dia cakap rindukan kawan-kawan (sepupu) di kampung.”

“Saya menunaikan permintaannya dan bawa Ivy pulang ke kampung selama empat hari. Pada mulanya dia pun terkejut apabila saya datang untuk mengambilnya.”

“Dia tidak bertanya apa-apa dan saya pun mengambil pendekatan yang sama. Cuma saya katakan sibuk dengan kerja dan menerangkan secara baik kepadanya. Terima kasih saya ucapkan kepada peguam kerana dia yang menguruskan semuanya,” katanya.

 

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, menetapkan semula tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak membabitkan pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa, 28, pada 17 April depan.

Namun terdapat bantahan yang difailkan Fatin selaku defendan terhadap Adam (plaintif) yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.