22.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Zizan Razak Mengaku ‘Perfectionist’, Pemilih Kritis dalam Memilih Calon Isteri

Pelawak Zizan Razak mengakui sikap mementingkan kesempurnaan baik dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya menjadi punca dirinya belum bertemu jodoh. Memetik Kosmo, Zizan berkata dirinya seorang yang cerewet dan kerjayanya sebagai anak seni menjadikan dirinya individu sensitif sehingga memilih termasuk dalam soal memilih calon isteri.

“Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,” katanya.

Sementara itu, Zizan berkata dia juga bimbang untuk melalui alam rumah tangga apatah lagi rutin kerjanya yang tidak menentu.

“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.”Maka siapakah calon isteri yang sanggup menunggu begitu lama? Mungkin dia akan setuju untuk beberapa minggu, tetapi apakah dia akan menerima jika berbulan-bulan begitu?” kata Zizan.

“Sejujurnya, saya banyak memikirkan orang lain. Saya tidak hanya mencari kesempurnaan untuk diri sendiri, tetapi juga untuk pasangan saya,” katanya.

Zizan juga mendedahkan bahawa dia pernah meminta ibunya untuk mencari calon isteri untuknya. Dia berharap wanita itu dapat menerima sifat seriusnya.

“Di televisyen, saya memang kelakar, tetapi di belakang tabir, saya adalah seorang lelaki yang sangat serius. Ramai orang tidak tahu perkara ini, itulah sebabnya saya kata saya bukan orang gila,” jelasnya.

“Saya takut calon isteri akan mempunyai pandangan yang berbeza. Seseorang itu perlu menerima saya bukan sebagai seorang pelawak. Oleh itu, saya fokus terlebih dahulu kepada kerjaya saya,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.